• My Tweets

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Share This Blog

    Bookmark and Share
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12 other followers

  • Blog Stats

    • 81,455 hits

MLM & Network Marketing – Kebenaran Di Sebalik Tirai


MLM & Network Marketing: Kebenaran Di Sebalik Tirai

Salam semua,

Saya pasti apabila perkataan MLM dan Network Marketing disebut ramai orang yang akan mengeluh dan mencebik. Ayat-ayat seperti ini sudah biasa kedengaran:

“Ala MLM lagi ker? Aku tak minat langsung la”

“MLM? Ini bisnes penipu ni!”

“Aku malas buat Meeting Lewat Malam ni, tak ada masa la, lagi baik aku tidur je”

“Aku tak pandai la nak cari orang, tak tahu nak cakap macam mana”

Mengapa orang ramai mempunyai tanggapan yang begitu negatif terhadap konsep MLM dan Network Marketing? Malah terus terang saya kata kan saya juga mempunyai pandangan yang negatif terhadap MLM satu masa dahulu. Tetapi, tahukah anda bahawa menurut statistik KPDNHEP (kini dikenali sebagai KPDNKK), industri MLM telah menyumbangkan RM 5.2 billion kepada ekonomi negara pada tahun 2006 sahaja.

Setelah membuat kajian yang mendalam, saya ingin berkongsi teori saya dengan anda semua.

Pertama sekali saya ingin mendefinisikan apa itu MLM atau Network Marketing. Menurut website Wikipedia:

“(MLM) is a term that describes a marketing structure used by some companies as part of their overall marketing strategy.The structure is designed to create a marketing and sales force by compensating promoters of company products not only for sales they personally generate, but also for the sales of other promoters they introduce to the company, creating a downline of distributors and a hierarchy of multiple levels of compensation. The products and company are usually marketed directly to consumers and potential business partners by means of relationship referrals and word of mouth marketing.”

Definisi saya sendiri adalah ia merupakan sejenis strategi pemasaran yang digunakan oleh sebilangan syarikat dalam dunia ini. Ia merupakan strategi di mana syarikat menggunakan ahli-ahli untuk mempromosikan produk atau service yang disediakan untuk memberansangkan penjualan. In exchange, ahli-ahli akan diberikan bonus dan insentif-insentif yang lain.

Sistem pemberian bonus dan insentif terdapat pelbagai cara, dan saya rasa tak perlu nak ulas secara berlebihan kerana objektif kebanyakan syarikat adalah untuk memberikan bonus yang sebenarnya berterakan kepada kriteria-kriteria berikut:

1. Memastikan ada peratusan keuntungan untuk company
2. Menarik member baru dengan bonus menarik
3. Sustainability of payout atau mengelakkan “overpay”

Konsep sustainability ini berkaitan dengan kebolehan sesebuah sistem untuk menampung pembayaran bonus. Overpay berlaku apabila sistem itu menyebabkan company terpaksa bayar lebih dari pendapatan hingga terpaksa gulung tikar.

Pelbagai jenis produk dan servis yang ditawarkan oleh syarikat yang menggunakan sistem pemasaran MLM, daripada produk kesihatan hingga lah ke produk kecantikan. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 400 syarikat MLM dan di anggarkan lebih 90% menawarkan produk kesihatan atau health and wellness product, bermula dari minuman herba hingga ke rantai magnet.

Apakah sebenarnya perkara yang menyebabkan MLM mendapat tanggapan yang sangat negatif dari orang ramai? Rumusan yang boleh saya buat adalah kebanyakan orang yang menyertai program syarikat MLM dengan niat untuk membuat duit dan cepat meraih keuntungan semata-mata tanpa mengira apa jua jenis produk yang di jual. Jadi apabila mereka tidak dapat keuntungan yang dijanjikan dalam masa yang cepat, mereka akan cepat putus asa dan terasa diri ditipu. Contohnya:

Encik Ahmad menghadiri satu talk yang dianjurkan oleh syarikat XYZ Sdn Bhd. Setelah mendengar talk tersebut, Encik Ahmad terasa teruja dengan potensi pendapatan yang diwar-warkan oleh syarikat XYZ tersebut. Tanpa berfikir panjang tentang produk, dia terus menyertai program tersebut. Selepas beberapa minggu mencuba menarik orang lain untuk menyertai program tersebut, Encik Ahmad gagal dan terasa putus asa. Dia telah pun melaburkan duitnya dan yang tinggal hanya lah produk yang dia sendiri tidak tahu menahu tentangnya. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila dia langsung tidak berjaya menjual produk-produk tersebut kerana di pasaran luar terdapat produk yang sama kualitinya tetapi di jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kini dia menyesal menyertai program tersebut dan akhirnya dia rasa tertipu. Lantas dari itu Encik Ahmad membenci program MLM dan menyebarkan cerita negatif tentang program MLM kepada rakan-rakannya.

Beginilah situasi yang biasanya melanda orang yang menceburi bidang MLM. Begitu juga pengalaman saya sendiri bila menyertai program MLM suatu ketika dahulu. Kadangkala kita terlalu yakin dengan potensi pendapatan dan apabila kita tidak dapat mencapai matlamat yang kita kehendaki, secara kebiasaan orang akan berhenti dan putus asa. Tambahan pula kebanyakan orang stuck dengan barang yang banyak dan tidak boleh digunakan, malahan produk itu lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah dimaksudkan dengan produk yang tidak bernilai. Emosi kecewa, geram dan marah orang-orang ini mendorong mereka untuk menganggap semua syarikat yang mengamalkan sistem MLM sebagai syarikat yang menipu.

Kini, cuba kita bayang kan sekiranya ada syarikat yang mengamalkan sistem MLM tetapi menawarkan produk yang bernilai ataupun produk keperluan, saya denga berani menjamin dan percaya bahawa orang yang menyertai program tersebut tidak akan rasa tertipu atau kecewa apabila mereka tidak dapat mencapai potensi pendapatan yang dijanjikan oleh syarikat, kerana produk yang dimiliki boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri atau di dalam kes produk keperluan, orang ramai tidak ada pilihan melainkan membeli produk tersebut. tambahan lagi sekiranya produk tersebut tidak mempunyai persaigan dengan pasaran luar.

Another reason yang membuatkan orang tidak berminat dengan MLM adalah, fakta di mana mereka perlu mencari orang dan membuat sales pitch. Selalunya orang akan berkata mereka tidak tahu cara hendak membuat sales dan mereka kepada idea untuk mencari orang. Perkara ini sebenarnya berhubung kait dengan produk dan sistem yang ditawarkan syarikat tersebut. Jika produk adalah produk yang bukan keperluan dan kurang menarik minat, ia menyusahkan orang untuk membuat sales. Hakikatnya bukan semua orang ada bakat dalam membuat sales, jadi apabila syarikat mempunyai produk/servis dan sistem yang sukar diterangkan, orang akan gagal mempromosikan produk/servis tersebut. Tetapi jika syarikat menawarkan produk/servis yang bagus dan mudah dijual, ia menyenangkan kerja promosi. Bilangan orang yang perlu dicari berlainan antara syarikat, lagi ramai orang yang perlu dicari lagi membebankan ahli. Ini menyebabkan orang kurang minat dengan MLM atau network marketing.

Namun begitu, kita semua sebenarnya tidak sedar bahawa secara tidak langsung, kita semua mengamalkan network marketing dalam kehidupan seharian kita. Cuba bayangkan perumpamaan berikut:

En Ali menonton wayang GI Joe dan dia menyukainya. Pada esok hari, En Ali menceritakan kepada kawan-kawan beliau di pejabat bahawa cerita GI Joe adalah amat menyeronokkan. Dia yang ingin berkongsi keseronokkan itu, kemudiannya mencadangkan kepada kawan-kawan beliau untuk pergi menonton. Kawan-kawan beliau setuju dan pergi menonton wayang GI Joe.

Cerita di atas mungkin biasa anda dengar, mungkin anda sendiri pernah buat benda yang sama. Actually in my point of view, itulah network marketing yang sebenar. Kita menceritakan dan berkongsi dengan kawan-kawan tentang produk yang kita sukai. Cuma kita tidak diberi bayaran insentif untuk melakukannya. Syarikat yang menggunakan network marketing menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan produknya. Cuma mungkin niat orang untuk berkongsi tentang produk telah berubah, bukan kerana suka tetapi kerana duit semata-mata. Ini telah menyebabkan konsep asal network marketing menjadi keruh.

Satu hakikat yang kita tidak boleh elakkan dalam apa-apa jenis perniagaan pun adalah faktor manusia. Manusia ada pelbagai ragam dan sifat. Jadi beberapa individu yang negatif boleh memberi bad impression yang akan effect the entire industry. Tidak kira sama ada syarikat MLM atau syarikat conventional, individu negatif sentiasa ada. Sebaliknya, individu yang positif boleh memberi kesan yang sangat baik kepada sesuatu industri tersebut. Pemimpin yang baik adalah amat diperlukan dalam mana-mana organisasi. Semua perniagaan memerlukan pemimpin yang baik, kalau tidak jelas dan nyata objektif perniagaan tersebut tidak dapat dicapai. Dalam network marketing, faktor manusia memainkan peranan penting kerana ia merupakan people-oriented business. Jika terdapat leader yang berkaliber yang boleh memimpin ahli untuk melaksanakan sistem dengan teratur, ada peluang besar untuk perniagaan itu berkembang. Ramai orang yang terlibat dalam network marketing gagal kerana tiada pepimpin yang betul. Mereka tertanya-tanya apakah langkah selanjutnya yang perlu dilakukan, arahan-arahan yang diberikan “upline” samar-samar dan kadang kala tidak praktikal. Jadi orang yang tidak mempunyai determination yang kuat, yang tidak menggunakan kreativitinya akan gagal. Tetapi dengan adanya pemimpin yang mengajar mereka langkah yang praktikal dan selalu memberi motivasi, kemungkinan untuk berjaya akan meningkat.

Oleh yang demikian, rumusan yang boleh saya buat adalah, Network Marketing merupakan satu sistem pemasaran yang berpotensi untuk melahirkan perniagaan yang berjaya dengan adanya produk yang berkualiti dan value for money, system yang mudah diajar dan ditiru dan leader yang supportive dan practical, sesebuah syarikat itu boleh pergi jauh.

Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berfikiran positif dan yakin, kerana sebenarnya tidak kira apa pun jenis perniagaan, sama ada MLM atau conventional, niat kita adalah penting. Kalau ikhlas, Insya-Allah kita akan berjaya dalam apa saja usaha kita.

5 Responses

  1. Salam,
    mcm mana jalan penyelesaian untuk masalah2 ini,,

    Ala MLM lagi ker? Aku tak minat langsung la”

    “MLM? Ini bisnes penipu ni!”

    “Aku malas buat Meeting Lewat Malam ni, tak ada masa la, lagi baik aku tidur je”

    “Aku tak pandai la nak cari orang, tak tahu nak cakap macam mana”

    • minat MLM ke…

    • Sebenarnya orang ramai berkata begini kerana tidak faham dengan bisnes MLM sebenarnya.

      Pertama sekali kita kena akui dan faham bahawa MLM adalah satu BISNES, BUKAN skim cepat kaya. Ia memerlukan masa tenaga dan usaha sama seperti bisnes lain. Cuma kita berteraskan konsep leverage through networks.

      Jika kita dapat fahamkan konsep ini dan fahamkan orang lain dengan konsep ini juga salah satu obstacle Insya ALLAH dapat dirungkaikan

  2. salam, ubah mentaliti dan kepercayaan terhdp biz MLM. pecahkan mental block yg selama ni dok kata MLM -ve dan MLM x boleh pegi jauh, x bleh buat duit dsb.

    sy pun buat biz MLM gak. penah kecewa, terduduk..tp sy bangun semula.

  3. da nama MLM mestilah waktu mlm je kna meeting hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: