• My Tweets

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Share This Blog

    Bookmark and Share
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12 other followers

  • Blog Stats

    • 81,455 hits

Remedies for those who have been conned


Salam semua,

Maaf kerana lambat post, sibuk sikit kebelakangan ni sebab baru pindah opis ke Shah Alam.

Berikutan dari post Coulomb World saya ingin berkongsi maklumat di sini tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh sesiapa yang tertipu oleh skim seperti Coulomb World dan sewaktunya.

Apabila mendapati bahawa anda ditipu langkah pertama yang anda patut ambil adalah mengumpul semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skim/scam tersebut. Kalau ada sms atau emel semua simpan, kalau boleh print, printkan jugak. Buat beberapa salinan, bukak fail dan simpan.

Selepas mengumpul maklumat yang ada boleh rujuk kepada pihak berkuasa seperti polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Buat laporan yang sepatutnya dan berikan salinan maklumat untuk membantu siasatan.

Selepas itu bolehlah merujuk kepada peguam, untuk peguam meneliti dokumen tersebut untuk memastikan sama ada ada peluang untuk mendapatkan wang itu kembali.

Disini saya ingin menyatakan kalau kita nak tunggu siasatan polis dan dakwaan dari Jabatan Peguam Negara, dan kes dibicara di Mahkamah mungkin akan memakan masa yang agak lama. Contohnya kes Merchantile Point masih lagi tertangguh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur padahal kes melibatkan berbelas juta ringgit. Walaupun duit dibekukan oleh Bank Negara namun nasib mangsa masih terkontang kanting. Mungkin akan makan masa beberapa tahun jugak. Kalau tuntut kes sivil pun akan makan masa sebab walaupun dah dapat penghakiman duit dan harta si penipu ini masih beku kerana kes jenayah yang masih belum selesai.

Satu peringatan lagi adalah walaupun kes sudah selesai, dan duit dan harta si penipu itu dicairkan semula tidak semestinya semua mangsa akan dapat balik duit mereka sepenuhnya, kemungkinan akan dapat sebahagian atau tiada langsung. Ini adalah kerana duit dan harta yang dibekukan mungkin tidak mencukupi untuk membayar balik semua orang yang ditipu.

Jadi pada mereka yang telah tertipu, bawak banyak bersabar dan berdoalah supaya kes itu cepat selesai dan duit dan harta si penipu itu mencukupi untuk membayar orang yang tertipu.

Sebaik-baiknya kita hendaklah mengambil langkah mengelakkan diri dari tertipu. Kita kena semak semua perkara dan mesti sahkan dengan pihak berkuasa. Terdapat seorang pembaca ada menghubungi saya pada hari Sabtu lalu dan ingin bertanyakan tentang satu pelaburan yang mana saya masih siasat. Tetapi secara amnya, perkara yang perlu kita semak adalah seperti berikut:

1. Adakah syarikat itu berdaftar dengan SSM? Kita boleh buat semakan dengan SSM dengan membayar RM 10 atau RM 13 untuk online untuk mendapatkan maklumat syarikat tersebut.

2. Adakah syarikat itu berlesen mengambil deposit? (sekiranya ia mengutip deposit) Kita boleh buat semakan dengan Bank Negara melalui emel: info@bnm.gov.my

3. Adakah syarikat itu menawarkan pelaburan dalam bentuk saham, komoditi, atau apa bentuk derivatif termasuk emas, minyak dsb. Kita boleh buat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti melalui emel: aduan@seccom.com.my

4. Kalau ada perjanjian/dokumen boleh dirujukkan kepada orang yang berpengetahuan seperti lawyer dsb. Pembaca boleh rujuk kat firma guaman isteri saya di emel: legalssp@gmail.com

Selain daripada itu kita boleh buat semakan di Internet, sama ada orang yang pernah membuat sebarang aduan berkenaan dengan pelaburan/perniagaan tersebut.

Saya harap artikel saya ini dapat membantu sedikit sebanyak. Kalau ada apa-apa persoalan sila tinggalkan komen dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab. Terima kasih

One Response

  1. work from home! Click on the link below…It’s 100% free..simply sign up!

    http://www.awsurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=vicky8767

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: